Monday, February 21, 2011

"Saja saja suka suka d masa lapang ku"




Inilah hasilnya bila xtw nk wt apa lg dgn CATIA V5.

Waktu ni, ak tgh sibuk melukis part n2k final year project. Pastu boring la plak an..asyik lyn bnda yg sama je.

Then got this idea, n2k melukis seorang wanita yg bertudung.. (^_^)

Ak lukis prmpuan pkai tdg sbb ak suka tgk org pkai tudung..sjuk je mata memandang~ (^_^)

Lukisan di atas x ada kaitan dgn ketidaksukaan brkwn trhdap prmpuan yg x pkai tdg ya. Harap maklum.

Ha, 2 je ak nk ckp psl entry ni. 

Njoy da drawing aite~ LOL

Aku dan Lagenda 110Z

As salam~


Rabu (16-2-2011)


Berlakunya 3 siri peristiwa yang berlaku pada hari yang sama, melibatkan subjek yang sama, iaitu aku dan legenda 110Z yg berkaler hijau.


Siri 1


Pada jam 10.30 pagi, ak ada kelas di tingkat 11, kompleks kejuruteraan. Disebabkan masalah teknikal, kami (rakan sekelas serta pensyarah) terpaksa berpindah kelas. Jadi, aku mula kalut dan bergerak dengan cepat untuk mendapatkan tempat duduk di belakang kerana xnk kantoi tido dlm kelas. Selepas kelas tamat, ak mula rasa x sedap hati dan kosong. Bila diperiksa dgn teliti, kunci Lagenda 110Z tiada dlm poket. Ok, zul..cool yeahh..puas ak cari dlm poket seluar, poket jacket, dlm beg, ats lantai, ats meja, meja sebelah, dan keliling dlm kelas.


Kemudian, ak bergegas turun ke tingkat 4 (parkir motor) untuk mendapatkan kunci jika masih melekat pada ignition switch. Tapi hampa, ia tiada di situ. Jadi ak berkeputusan untuk naik semula ke tingkat 11, kelas yg awl aku masuk td. Tp, ak trpksa menunggu kerana trdapat sesi kuliah dlm kelas tersebut, lagipun ak malu untuk masuk semata-mata untuk menuntut barang yang tercicir.


Selepas beberapa minit, semua pelajar bersurai dan ak dapati......


Alhamdulillah, jumpa akhirnya!!!! (^_^)


Rupa-rupanya ak tercicir kunci tersebut dlm kelas tadi, sewaktu bergegas nk pindah ke kelas lain..huhu~



Itulah ujian tuhan...




Siri 2


Selepas pkul 4.00 petang, selepas tamat sesi syarahan, ak pulang ke rumah seperti biasa, dgn menunggang Lagenda 110Z. Setelah tiba dia bulatan pagar belakang kampus, rantai Lagenda 110Z terputus...maka, ak x dapat untuk memecut kehadapan lagi..

Jadi ak berhenti di tepi jalan untuk menyambung semula rantai yg tercabut itu..nasib baik rantai x putus, cuma tercabut daripada landasan (gigi sprocket) sahaja..hehe~ jadi, masukkan rantai tu sikit, pastu gerakkan moto kehadapan...dan..sambunglah semula rantai yg tercabut td..hehe


Kemusdian trus anta moto kat workshop~ minx abg mekanik tegangkan rantai moto..klu dibiar longgar, mmg tercabut lg la pasni..huhu



Itulah ujian tuhan...



Siri 3

Ak trus mndapatkan Lagenda 110Z untuk bergerak ke gelanggang futsal pada pukul 12.00 tgh mlm. Slepas bbrapa meter, ak perasan motosikal ku bergoyang, kerana........


Tayar motor ak pancit sudah...nk stop dan patah balik, berat pulak hati..sbb ak dh janji dgn membe nk main futsal. nnti ksan plak diorg 5 vs 4. x syok r an. Ak plak, x bwk hp skali.

Maka, truskan sahaja~ menunggang motosikal dgn tayar yg pancit..tp ak bwk pelan2 je..kui3.

Ak smpai sana, main futsal mcm besa. Alhamdulillah~ enjoy gle! Habis main, ntah mcmna leh kantoi dgn membe ak plak....aiyarkkkkk!

Dia kecoh2 yg moto ak pancit..haish. Geram gle. Last2 mnyusahkan org lain~

Itulah ujian tuhan....

Wednesday, February 9, 2011

MALAYSIA VS HONG KONG (Football FRIENDLY match)

As Salam all,

Lokasi : Stadium Shah Alam
Peserta : Penyokong bola sepak tanah air + ak (^_^)
Tarikh : 9-2-2011







VS
       





                     2                                                   0                                                                                                          


Barisan kesebelasan utama pasukan MALAYSIA

Penjaga gol

22 Khairul Fahmi Bin Che Mat

Pertahanan

4 Mohd Sabre Bin Mat Abu
7  Khairul Helmi Bin Johari
18 Mahalli Jasuli
27 Mohamad Fadhli Bin Mohd Shas

Tengah

8 Safiq Rahim (K)
13 Ahmad Fakri Bin Saarani
15 K. Gurusamy Govandar
16 Kunanlan Subramaniam

Penyerang

10 Mohd Safee Bin Mohd Sali




Senario sebelum masuk stadium 



Pasar Jersi luar stadium shah alam


Masih lg Pasar Jersi



Orang beratur pnjg beli tiket. (Maaf, sy noob dlm mngkp gmbr)





Rakan-rakan yg baru ak kenal mlm td. (^_^)


Senario dalam stadium 



Tu dia..pasukan sorak Harimau Malaya. Lagu tradisional pn diorg main beb! yeahh!


Jom nyanyi lagu kebangsaan sama2!!


1st Half 

Kick-off diberikan kepada pasukan Harimau Malaya =)

Game on !!! Defense ! Defense ! Counter ! Counter !

Pandangan mata ak dari tempat duduk







GOOOOOOLLLLLLL !!!!!!!!! minit ke-43, dijaringkan oleh Safiq Rahim (8).


2nd Half

2nd Half bg pasukan Hong Kong plak an.. huhu. Ready..go!

Pandangan mata aku dari tempat duduk (changed side)

Pasukan sorak menyalakan api meraikan kemenangan skuad Harimau Malaya 2-0. Smat r korang!!

Luar stadium

Van bergerak Astro Arena. Maaf La Dolce Azila, ia bukan van bergerak yg membuat ramalan cuaca. =(

Bye2 stadium shah alam..plg last ak dtg sini awl thn 2010, Selangor vs KL Plus. InsyaALLAH, kita jmpa lagiiiii !
 

DETIK2 PERLAWANAN

Ini adalah video yg ak rakam di sepanjang perlawanan =) Enjoy! 
P/S : Sesapa yg nk download, dipersilakan..jangan malu jangan segan aite~! =) 
Disebabkan nk upload video memakan masa yang lama, maka ak masukkan video yg pntg shj ya =)



 

Cubaan pasukan Malaysia mencari gol pendahuluan




Gol pertama skuad Harimau Malaya dijaringkan oleh Safiq Rahim (8) minit ke-43


Gol terakhir dijaringkan oleh pemain simpanan, Mohd Amirulhadi Bin Zainal (21)
pada minit ke-90 masa tambahan. GOOOOOOOOOOOOLLLLL !!!!!!




RUMUSAN PERLAWANAN



Pasukan Malaysia menunjukan mutu permainan yg baik, tetapi sbnrnya mereka mampu membuat lebih baik daripada itu...


Apa-apa pun, terima kasih banyak2 kerana sudi singgah dan baca entry ini !


Majulah sukan untuk kita semua =)
 

As Salam~