Wednesday, June 29, 2011

Perkara biasa

Suami memanggil isteri "Setan, dan yang sama waktu dengannya" adalah perkara biasa dilaporkan di pusat kaunseling majlis agama.
 
KITA MAMPU MENGUBAHNYA

Sunday, June 12, 2011

Layakkah Aku Bergelar Dewasa?


Rev,


Sudah lebih 22 tahun kaki aku berdebu memijak dunia fana.  Layakkah aku bergelar dewasa?


Mengalami perubahan diri daripada seorang pendiam kepada seorang yg berani bergaul dgn org sekeliling 
sejak 2006. Layakkah aku bergelar dewasa?


Koleksi buku pelajaran dan majalah yg semakin bertambah dlm rak perpustakaan mini. 
Layakkah aku bergelar dewasa?


16 tahun mempelajari ilmu pengetahuan berpaksikan pendidikan konvensional. Layakkah aku bergelar dewasa?


Membesar tanpa kasih saying seorang ayah sejak tahun 2001. Layakkah aku bergelar dewasa?


Hati ini tidak terbuka untuk politik. Layakkah aku bergelar dewasa?


Mengetahui kelemahan diri, dan  sentiasa mengekangnya walaupun ia sukar untuk hilang. Layakkah aku bergelar dewasa?


Suka memerhati, mendengar sesuatu perbincangan org lain tetapi takut menyertai perbincangan tersebut tanpa ilmu di dada. Layakkah aku bergelar dewasa?


Berubah menjadi kebudak-budakan ketika melayan bayi dan kanak-kanak. Layakkah aku bergelar dewasa?


Ingin menjadi cikgu tadika separuh masa. Layakkah aku bergelar dewasa?


Seorang misteri dikalangan org ramai, sehingga mendapat gelaran “Mysterious Guy”. Layakkah aku bergelar dewasa?


Selalu lone ranger ketika membuat sesuatu perkara. Layakkah aku bergelar dewasa?


Boros membelanjakan duit untuk makanan, beli buku, majalah dan topup kredit. Layakkah aku bergelar dewasa? 


Hanya duduk di rumah sementara menunggu keputusan semester akhir diumumkan. Layakkah aku bergelar dewasa?


 Sentiasa berangan untuk jangka masa pendek dan jangka masa panjang. Layakkah aku bergelar dewasa?


Tidak suka bekerja dengan org yang sama. Layakkah aku bergelar dewasa?


Belum lagi sertai kursus perkahwinan. Layakkah aku bergelar dewasa?
  

Belum ada kemampuan untuk mengurangkan beban ahli keluarga. Layakkah aku bergelar dewasa?



Thursday, June 2, 2011

Makan Berdulang



Sumber : Google Images






Adik-adikku,
Maafkan abg kerana lambat smpai,
Kerana td abg jauh dari lokasi jamuan,
Izinkan abg join dan tumpang, kerana kamu berkongsi 3 org,



Adik-Adikku,
Mengapa raut wajah kamu berubah bila ucapan izinku luahkan,
Tadi kelihatan kamu semua gembira menjunjung keluar dulang itu,
Adakah abg menghalang rezeki kamu kerana juadah itu perlu dibahagi empat?



Adik-adikku,
Usah risau kerana abang akn mkn sikit,
Kerana kamu perlu makan bnyk dan membesar adik-adikku,
Saiz badan kamu kecil-kecil belaka, adakah kamu dlm lingkungan 9 hingga 11 tahun?



Adik-adikku,
Kelihatan kamu amat berselera ketika makan,
Syukur pada tuhan kita dimurahkan rezeki,
Abg hanya perlahankan kunyahan, biar kamu habiskan apa yg ada,



Adik-adikku,
Kedengaran keluhan di antara kamu,
Mengapakah adikku, tidak cukup ya? Abg hnya menjamah cubitan demi cubitan,
InsyaAllah, jika dimurahkan rezeki, kalau ada dulang lain yg x habis, kamu ambillah,



Adik-adikku,
Setelah beberapa lama, kamu semua sudah selesai makan,
Mengapakah adik-adikku? Sedangkan lauk banyak lg dlm dulang ni,
Owh, barulah abg faham, kiranya nasi sudah habis, kamu x nk hbskn yg lain ya, =)



Adik-adikku,
Abg mula segan untuk berkongsi mkn dgn kamu lagi,
Kerana takut kamu tidak cukup makan,
Biarlah abg berkongsi dulang dgn pakcik-pakcik, abg-abg lain ya,



Adik-adikku,
Dgn makan berdulang inilah abg dpt jmpa kamu bertiga,
Biarpun bertegur dgn bbrpa ayat,
Tapi abg rasa dekat dengan kamu semua,




Sumber : Google Images