Tuesday, May 17, 2011

Anakku, Sayangku, Permata Hatiku

Anakku,
Bila kau lahir di dunia ini betapa gembiranya ayah dan ibumu,
Hanya ibu bapa yg ada skrg dan tuhan shj yg tahu bgaimana perasaan itu,
Kaulah intan, kaulah permata

Anakku,
Pagi ini ayah ada 'Final presentation poster Final Year Project',
Dah tiba masa ayah menamatkan zaman belajar dlm kelas,
Tapi akn tetap x putus menimba ilmu pengetahuan,

Anakku,
Selepas mndapat segulung ijazah,
Ayah akn berusaha bekerja dgn bersungguh-sungguh,
Mendapatkan rezeki yang halal, untuk menyara ibumu dan juga kamu kelak,

Anakku,
Ayah x kisah di masa hadapan kamu adalah kaum adam atau hawa,
Setinggi2 kesyukuran akn ku panjatkan kepada illahi,
"To be a good son, To be a good husband, and To be a good father", itu janji ayah

Anakku,
"Let me be your automotive engineer",
"I'll make you my driver",
Dari situ, kita akn berinteraksi lebih kerap, dan ini adalah cara yg terbaik n2k mengeratkan ikatan keluarga,

Anakku,
Akan ayah belikan buku dan kereta mainan n2kmu,
Bukan niat ayah nk tanamkn minat kereta dlm diri kamu,
But i just want to share my dream with you,

Anakku,
Sesungguhnya ayah xkn tahu potensi diri kamu yg sebenar, ayh xkn tahu apa yg kamu gilekan,
Ayah harap kamu dpt ketahui, dn tnjk kat ayah secepat mungkin,
Supaya ayah dapat tunjukkan jalan kepada kamu sebanyak mungkin, time shall not wait syg,

Anakku,
Ayah akn biasakan diri kamu dgn buku,
Membaca itu penting syg,
Dlm rumah kita nnt, akn ada perpustakaan mini, kita boleh luang masa bersama ibumu nanti,

Anakku,
Ayah belajar bahasa german,
Ibumu? Ayh x tw,
Tp kamu, ayh nk kamu pilih, dn mula blaja dari kecil, time shall not wait syg,

Anakku,
Ayah ada plan bayek bila kahwin dgn ibu kamu nanti,
Solat berjemaah di rumah,
Bawak dia g masjid dgr ceramah agama, nnti akn bwk ank2 ayh sekali,

Anakku,
Ayah akan mendidik kamu dgn menggunakan cara nenek,
Semuanya dgn ketegasan yg ketara, mcm askar,
Ternyata cara itu berkesan syg, Dr. Mohd Ridhuan Tee pn setuju dgn cara mcm 2,

Anakku,
Terlalu bnyk yg ingin ayh smpaikan kepada kamu,
Xnk entry ayah pnjg sngt kat sini, (^_^)
InsyaAllah hari itu akan tiba jua, dimana kita anak beranak akn hidup bersama, serta ibumu~ =)

6 comments: